Wednesday 5 January 2011

Meet the School Admission Appeal Committe-Part1

Sekolah sudah bermula, kembali sibuk di kala pagi dan tengahari.... biz is running as usual after long holidays. Namun terdapat pembaharuan terhadap anak sulungku yang akan bersekolah di Chenney School. Wah!!!!!! dalam 4 bulan dah boleh merasa 2 sekolah, bukan senang mendapat pengalaman sedemikian. So dia boleh compare apa beza 2 sekolah tersebut.

Jumper dan seluar hitam serta T-shirt Polo putih 
Hari pertama di Oxford School

Sebenarnya sekolah dulu Oxford School jauh sedikit dari rumah kami, dia kena tukar 2 bas untuk pergi. Tapi dari segi tambang bas tak la mahal jika beli tiket bulanan atau penggal. Namun yang menjadi persoalan ialah kualiti sekolah tersebut, kalau diikutkan pencapaian Oxford School boleh aku kategorikan dalam paras C. Mengikut pencapaian di England ia antara sekolah yang teruk, bukan saja dari segi akademik malahan juga dari segi kehadiran pelajar. Budak-budak di sini panggil 'crap school', why!!!!

Aku bukan saja-saja memilih Oxford School, tetapi menjadi syarat setiap pelajar di daftar mengikut catchment area. Kalau diikut lokasi rumah kami, Chenney School dan The Cherwell School merupakan sekolah terdekat tetapi disebabkan oleh tiada kekosongan, anak aku tercampak ke Oxford School. The Cherwell School antara sekolah gomen yang terbaik dlm peratusan 75%-85% dalam England. Sementara Chenney School dikategorikan sekitar 65%-75%. Jauhkan bezanya dengan Oxford School yang hanya mampu dalam 45%-55%. Kenapa jadi begitu!!!!!!!!!

5 GCSE A*-C incl. English & Maths 
The Cherwell
2009:62%

Cheney
2009:48%

Oxford
2009:35%

Setelah 4 bulan bersekolah, sedikit sebanyak aku memahami situasi yang berlaku. Pada pengamatan aku Oxford School menjadi sedemikian kerana terdapatnya longgokan pelajar pendatang ke sekolah ini. Kalau di negaraku kaum pendatang menjadi perkataan sensitif taktala ini. Tapi itulah realiti, ramai pelajar Pakistan, India, EU dan negara lain yang menjadi majoriti. Limpahan pelajar EU yang bukan berbahasa Inggeris menyebabkan kualiti pembelajaran menjadi lebih kompleks. Yela!!!!!!!!!!!! kami pun pendatang tapi dalam ertikata pelancong, sebab dah ada date line bila terpaksa balik ke Malaysia.

Bersama Ranjit dari Nepal

Apa lagi sekolah tetap sekolah tetapi aku mencari jalan untuk mendapatkan sekolah terbaik........... Cherwell or Chenney. Jika di Malaysia bolehla cari know who, kat sini cubala talent macam tu..semua ikut prosedurla. Proper channel is appeal to the Admisssion Department. Who knows, your luck............ nanti kita sambung pasal Appeal ni.

No comments:

Post a Comment