Monday 4 April 2011

TanahMelayu ke EnglishLand-KLIA

Flight 0200am 26/3, kira betul2 awal pagi. Nasib dah janji dgn member hantar ke airport. So around 930mlm bergerak ke Uniten hantar ke sewa kpd kwn. Dia pun busy nak exam final sebelum semester break. Biasala selagi hidup kita akan senantiasa busy, tup tup dah nak pencen.

Dipendekkan cite sekitar 1030mlm aku smpai ke airport. Ramai plak org beratur kat Emirates ni, but hati tak sedap sebab terasa 2 beg yg di bawa amat berat. Apa lagi punggahlah sedikit sebanyak, lagipun aku akan hantar barang melalui pos sedikit masa lagi. Then beratur utk check-in, sempat juga berposing bersama pramugari Emirates……
Gambar

 Banyak barang, patut la..lebih 30kg


1st class punye promosi..

 Economy...nanti jumpe mcm ni ke...


Pandai sungguh DRB buat business cater for ground staff utk Emirates. Hebat depa deal, peluang biz. Itula, playground kita berbeza. Smpai turn aku, bila aja ditimbang beg..nah En.  dah lebih ni, 38kg. Saja-saja buat Tanya, brape sepatutnya….. 30kg. Yela beg saja pun dekat 5kg bila timbang kosong. Tak boleh selit2 ke…..tanya aku cuba menghidu peluang. Malam ni flight penuh, brape 1kg Tanya aku. RM200++ katanya, dia pun cuba membantu…….. Kalau saya punggahkan barang boleh ke…..silakan. Apa lagi cepat2 keluarkan barang2  bg pd kwn yg masih di situ…. Ishh2, tak lepas plak. Hari tu ada Cina tu balik beg dia almost 38kg dr Gatwick, lepas plak. Ni dr TanahMelay sendiri tak boleh selit2.

Sebenarnya selapas pengamatan aku, hand luggage di KLIA dia tak timbang or tagging seperti di Heathrow. Di sana siap timbang dan tagging lagi, itu yang aku just bawa 1 hand luggage. Tengok penumpang2 lain berbeg2 bawa naik. Itu yg cakap, x konsisten as long u know the trick. 

Melepas aku…… but teringat kisah 9thn dulu dr Munich bila pertama kali nak balik dr Obersea. Timbang aje beg dgn teman ni dah lebih sorang 20kg ….. apa lagi. Nego punye nego, dia lepas domestic flight dr Munich ke Frankfurt. Lagipun x ramai orang masa tu, but dia suruh recheck in utk ke TanahMelayu. Smpai d Frankfurt selepas reclaim baggage, buang apa yg patut. Letak coklat dlm poket. Last2 bila timbang still lebih lagi, at the end kena bayar RM1500, kira dalam 5kg, cincai kata pramugari tu. Waduh itu masa kayo…x ade masalah beb…… ehehe.

Dipendekkan cite flight smpai on time…..x macam AirAsia kan flight always delay. But buat duit giler2…  so dok row tengah bhg tepi. Best senang nak keluar, jln2 bila boring. Borak punye borak dok sebelah student yg blajar di Augsburg, Deutschland. Dia balik cuti Easter,emmmm d England Easter break masih jauh lagi iaitu April. So borak punye borak, dia orang Pendang…aku panggil dia Ustaz sebab dia x skolah dgn Yassin penyanyi nasyid tu.  Borak2 lagi smpai le, kami dengan sendiri melayan movie yg banyak dlm flight. Apa lagi..nanti kita sambung di Dubai.

No comments:

Post a Comment