Friday 6 May 2011

Study about Disney

Apa ke benda yg menarik d Disney ni…… buat apa nak p sana…… cuba bg tau. Itu mula2 yg terpacul dlm minda aku semasa proposal my wife utk ke sana. Tau la ade banyak cartoon…. Sebab pernah singgah melencong ke Walt Disney LA 2009. Bukan sorang tau bertiga dgn wife tu….. + yg paling bongsu.

Kita kena tau apa nak buat, kat sana….. mana nak pergi, game apa nak main, macam2 lagi la….. Visualise le…apa u all nak buat….. aha..itu intro N3 kali ni. Bukan apa kalu nak berblog biar berfaedah dan berinformasi kpd org lain. Semasa nak p Disney ni tak pernah jumpa maklumat lengkap pasal persediaan ke sana,  apa ada dlm Disney dan lain2 lagi. Jika just nak tulis mengarut2, gosip2… taka de masa le teman. Lihat penjajah British dia boleh simpan manuskrip lama2 dulu, kita mana pi……. Kita tak rekod…. Ini nanti jadi sejarah la juga.

Ok come back to landasan sebenar;
Disney terbahagi kepada 2 park:-
  • Disney Park-ada 5 theme park dlm itu

MainStreet USA
FrontierLand
AdventureLand
FantasyLand
DiscoveryLand
Dibuka jam 10am tutup 10mlm




  • Walt Disney Studios-ada 4 studio
Production Courtyard
BackLot
ToonStudion
FrontLot
Dibuka jam 10am tutup 7mlm



Nak kata apa bezanya dua2 ni…… actually kedua-dua ade game. Lepas balik Disney pun still payah nak explain juga. Kena mai sendiri la…..

But yg cite pasal Disney ni…kena plan betui2, jika just singgah 1 hari rasanya rugi je bayaq tiket. Sekurangnya 2 hari penuh baru berbaloi dtg jauh2…….

Kami tinggal 3N4D….itu selepas dinasihatkan oleh teman yg telah ke Disney. 1 hari utk travel ke Disney….tak kira le by flight or car…. Or bus or train. 1st day baru nak fahamkan susun atur d disney.

Day2 &3 baru dpt full day d Disney

Day4 dah nak balik………..

So memangla, jika lama duduk…kos tempat tinggal yg sakit sikit….but bincang2le

Satu tips yg nak bagi tau ialah FASTPASS ticket…ini penting:-
Apa ke bende tu……maksudnya

Kita boleh q kat FassPass kaunter utk ambil tiket dulu, then dia bagi window time bila kita boleh masuk ke tempat tu. BUKAN…..semua game ade FassPass tiket, yg terpilih aje… Cth: Dlm Disney Park->FrontierLand-> Game Big Thunder Mountain, kalau kita beratur utk main la la tu(now) maka puas la beratur. Ada yg smpai 70minit beratur……. So buat apa mcm tu baik u collect FassPass tiket then p game lain dulu, kemudian base on Window time kita just q sekejap dan terus masuk. FassPass tiket is FREE……. Kita kena masukkan tiket Disney kita  kedlm mesin FassPass d setiap game. Dan akan d bagikan tiket FassPass. Seperti d Disney Park->FrontierLand: Game Big Thunder Mountain…. Hanya kat sini aje ada FassPass
Cthnya window time : 1200 to 1230. So dtg masa ni……… u kena juga beratur but cepat or ekspress.

Tujuan FassPass ialah utk mengurangkan org beratur ramai dlm 1 masa utk game yg menarik…… creative idea.

(Semasa di Big Mountain ni Window time utk tiket FassPass aku jam 1400-1430. But since dah balik dah hari tu, aku buat bodoh je....masuk semasa 1330. Apa jadi...penjaga tu tunjuk jam.... belum cukup. Aku pun buat2 tersilap...... dia gelak je..but dia bg masuk juga sebab org x ramai.... itu antara cite menarik...terukir dlm kenangan FassPass & Big Mountain)




Cari Signboard mcm ni........ FAStPASS

So itu tips yang pertama.

Kedua, ada game yg perlukan ketinggian utk anak2. So ukur la anak2, jadi mudah sikit planning jika serious nak perabih semua game…
Cth: DisneyPark->DiscoveryLand->Autopia
 ==>Min height 1.32m(utk memandu keta sendiri)
DisneyPark->DiscoveryLand->Star Tours
==>Min height 1.02m(to play this game; ini nak mencari pelapis kpd Datuk Sheikh Muzaffar, memusing 360degree….. saya pun x berani play this game….)



Ketiga, ada game yg sesuai utk seisi Keluarga seperti:-
DisneyPark->DiscoveryLand->Autopia
Memandu kereta,  semua enjoy. Yg 3 thn pun dpt memandu. Kami 3 kali beratur main game ni………

Keempat,
Pilih game yg banyak peralatannya.
Cth:DisneyPark->DiscoveryLand->Autopia
Ni ada 4 track dan keta utk setiap track pun banyak. So cepat sikit beratur and beratur juga dlm bumbung. Kita ni kan org Khatulistiwa..... so kena matahari banyak2 panas le.....pd masa tu plak suhu sekitar 23-25Celcius.






DisneyPark->DiscoveryLand->Autopia


Jika game Disney->DiscoveryLand->Obitron.... kira game keta pusing2 dlm bulatan ...(cuma gayat sikit). Number of cars sikit sangat...ade la 20 bijik, nak beratur... alahai. I boleh main Autopia 2 kali.... u all tau...


Disney->DiscoveryLand->Obitron


Apa lagi ye...tu je kot buat masa ni.....sibuk sikit lately.... but insaallah ade juge tulisan informasi d masa terdekat. Wasalam... messi


No comments:

Post a Comment