Thursday 4 August 2011

Moist Roasted Chicken

Baru 1 jam lepas sahur, nak tido x mengantuk lagi. Subuh masuk jam 3.47, berbuka dlm 2050. So kurang lebih 17 jam.... semakin kurang masa berpuasa. Alhamdulillah bdak2 yg besar 2 org still maintain. Tak ade complaint nak ponteng berbuka, cuma first day aje yg masing2 berputar2.

Berbuka semalam ada request nak buat ayam bakar. Since Chef besar balik lambat then aku pun keluar awal mencari ayam. Chef besar bagi resepi...entah dr mana  dia dapat. Apa lagi cuba skill, 1st time mencuba...ehe.

Hasilnya 2 ekor ayam di roasted. 1 ekor x cukup rasanya, sebab jika sodap giler kejap aje anak2 ini kerjakan. So ikut aje resepi dan marinate simpan dlm fridge. Cukup 3-4 hours dah boleh bakar.....

Disebabkan terlalu sedap, lupa nak capture awal2...sahur baru teringat. Manatau Chef Mat Gebu or Kak Jedad(my batch) nak tengok. Sorry le ye....... kepak dah hilang. Golap sikit ye..ni kena tanye org yg bakar.





Komen  cuma manis sikit, kena kasi pepper lebih sikit. Resipi.....

ChickenBahan-bahan
•1 ekorayam(lebihkurang700gram)
•2 sudu besar minyak zaitun
•2 inci halia
•2 ulas bawang putih
•1/4 biji bawang besar
•2 sudu besar madu
•1 sudu besargula
•1/2 sudu kecilgaram
•1 sudu kecil serbuk lada hitam
•1 sudu besar jus lemon
•1 sudu besarsos tiram
•1 sudu kecil serbuk kunyit
•sedikit marjerin@mentega

Cara-cara:
1.Kisarkan bawang besar, halia, bawang putihdengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah didalam bekas dan campurgula, lada sulah, garam, jus lemon, sos tiram, serbuk kunyit, madu dan ladahitam.
2.Cucuk-cucukkan ayam dengan garpu dan lumurkan bahan perapan tadi pada keseluruhan ayam, perap ayam selama lebih kurang 3 jam atau lebih. Lagi lama diperap lagi sedap.
3.Selepas diperap, panaskan oven 190 atau 200 darjah, dan bakar ayam selama satu jam. Setelah 30 minit dibakar, keluarkan ayam dan sapukan ayam dengan marjerin dan lebihan minyak yang terdapat pada dulang pembakar, kemudian teruskan proses pembakaran
4. Pastikan kedua-dua permukaan ayam perang dengan sekata, balik-balikkan ayam dan bakar ayam sehingga garing dan masak.
5. Setelah siap dibakar, potong ayam pada dua bahagian dan hidangkan bersama kentang putar, coslaw dan macaroni cheese

Tk kpd... 
http://www.jintanmanis.com


2 comments:

  1. -wahhhh...sedap nyer...dah boleh tukar le jawatan chef tu...

    ReplyDelete
  2. Mudah aje ni...2nd attempt pasti insaallah lagi sodap. Nanti balik Kajang boleh kami jemput

    ReplyDelete