Monday 8 August 2011

Solat Terawih di Wolfson College

Ramadhan telah masuk hari ke-8, pantas sungguh masa berlalu. Telah menjadi tradisi di bumi Oxford yang solat terawih secara berjemaah untuk warga Malaysia dijalankan pada setiap Sabtu Malam. Ini memberi peluang untuk berkumpul sambil update apa yang berlaku di sekitar.

Memandangkan sekarang ini musim cuti sekolah di UK dan juga summer break  di University. Maka kebanyakan pelajar dan keluarga2 pulang berpuasa dan berhari raya di Tanah Melayu. Sekolah hanya akan di buka selepas September begitu juga Uni. Maka kurang le sikit yg hadir ke majlis solat terawih berjemaah pada minggu pertama iaitu sekitar 25 orang termasuk anak2.

Majlis di adakan di Private Dining Room(PDR), Wolfson College. Yg best bilik ini berkapet....merah. Semasa rakan booking kebetulan yg incharge seorang Yahudi yg menjaga, dia kata better at PDR tak sakit lutut. Pandai plak dia...tk. Selalunya kami booking bilik yg berlantai parkir..... So Yahudi tu faham.......

Memandangkan Ramadhan kali ini Dato Dr.  Shaikh Afifi balik  ke Msia selama sebulan, maka kita amat bertuah kerana Oxford mempunyai ramai imam pelapis. Syukur. Terawih diadakan sebanyak 8 rakaat.

Imam Isyak diketuai oleh saudara Khair sementara Azad menjadi iman Terawih. Semua ni football player yg join Merdeka Cup 2011 di London. Seterusnya witir ditamatkan oleh Dr. Tun kita yang lebih 20thn berada di UK. Khatib Dr. Ehsan yang akan menamatkan Master beliau sebelum berangkat ke kampung Uni rival Cambridge dlm bln October ni. So Oxford kehilangan sorang ahli yang aktif bersukan, aktiviti agama dan dll.  Kat sini banyak Dr yg mewakili Uni2 drp Tanah Melayu. Dulu org kata nak masuk Oxford sukar but now Alhamdulillah ramai Melayu gah & di hormati di sini.

Boleh dikatakan majlis ini dihadiri oleh masyarakat Melayu di Oxford yang bukan sahaja tertumpu kepada pelajar tetapi juga profesional. 

Mari kita lihat......


 Isyak masuk sekitar 9.50mlm, so terawih bermula jam 10.15mlm.


Anak2 pun tidak ketinggalan bersama sempena cuti skolah...keadaan terkawal







Kaum wanita bersama anak2, ada yg nyenyak tidur sambil yang lain seronok berkawan






Dr. Tun imam solat witir


Setelah majlis solat berakhir, kami menjamah moreh yang di adakan secara pot luck. Dengan teh o tarik bermint, donat, kek, maruku pun ade...... alhamdulillah.

Sesi beramah mesra....semua dlm gambar ni ahli Sumertown house.....baguih community situ

Imam Azad berbaju Maaroon katanya akan pulang ke Msia next week utk persiapan bekerja di Nederland next month. So tinggal isteri beliau study di Oxford. Insaallah nanti ade la port sapa nak ke Amsterdam....

So begini aturcara majlis di Ramadhan yang menjadi tradisi warga Malaysia di Oxford. Insaallah ia menjadi tradisi yg akan d warisi oleh pelapis d masa hadapan dan diperbaiki serta ada value added. Patik tiada lagi next Ramadahan...

Begini menghilangkan rindu berRamadhan di TanahMelayu. Insaallah minggu hadapan kita berikan sentuhan baru special utk siapa yg akan hadir. Yg dr Leceister pun boleh jemput hadir....

No comments:

Post a Comment