Thursday 2 February 2012

Scotland D3-Part2

Perjalanan D3- Part2 diteruskan seperti mengikut jalan purple dr Loch Lomond-> Fort William->Inverness. Seterusnya hijau dari Inverness-> Perth.






Selepas aje menyusuri Loch Lomond jln yang di lalui mulai bergunung-ganang. Cantik betul pemandangannya, factor latitude banyak mempengruhi muka bumi bukit di sini. Begitu jelas rumput yg tumbuh secara melata melitupinya. Memang ada pokok2 pain yg tumbuh gagah namun dibahagian bawahnya begitu agak lapang, semacam bila kita menonton movie2 Mat Saleh. Berbanding dgn di Malaysia or  sepanjang Khatulistiwa mahupun Monsun Tropika yg hutannya begitu tebal jika menyusup pasti amt sukar utk jumpa. Begitu indah kejadian alam yg dicipta Illahi penuh dengan kepelbagaian bukan sahaja manusia yg berbangsa2 namun juga hutannya.


Ayat ke-13, surah Al-Hujurat.



"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya"

Bila menyusuri kwsn begini teringat kisah drp blog yg dibaca iaitu pencarian mencari Lelaki Berskirt Tartan. Apa ke hei nya ni…… sudah tak masuk akal, lelaki mencari lelaki. Nah lihat bukan sebarang lelaki yg di cari…. 






Cantek!!!!



Ini dia... Lelaki itu..




Dah bayar.... kena posing lebih sikit





Anak2 menghabiskan tenaga yang terkumpul


Aliff jauh dia merayap



Caravan lelaki itu, kemas juga beliau

Welcome....tak sah ke ScotLand berposing dgn Lelaki ini




Kami amat bertuah kerana cuaca cantik ini beliau tetap teguh meniup Big Pipes, bg pengembara ini sememang di cari. Sesi photo bersama Lelaki ini tidak dilepaskan begitu sahaja. Lokasi yg beliau lepak itu memang cantik, kami pun agak kebetulan memberhentikan kenderaan setelah lama memandu. Tapi jika tanya nama tempat susuah nak cakap.Pencarian sebegini memberi erti dalam memahami kepelbagaian pada suatu Negara. Walaupun Scotland adalah sebahagian Great Britian namun ia masih tetap mempertahankan identitinya begitu juga ascent Scottish mereka.

Semasa blog ini ditulis(awal Feb 2012)  dalam 2-3 minggu lepas, Scotland akan mengadakan Referendum utk menentukan hala tuju mereka dalam 2014 samada terus berada dalam Great Britian atau merdeka. Ini mendapat liputan dan perdebatan yg sungguh meluas mengenai hala tuju serta sejarah Scotland.


PErjalanan diteruskan, namun Driver agak keletihan dalam usia begini kena ada refreshment sikit. Maka kami singgah di Ballachulish Visitor Centre utk mencari souvenir sikit sambil ke tandas. Perjalanan ke Fort William sekitar 1 jam lagi yg hanya merupakan sebuah town not a city. Ada beza tu…




Jika ke Oban2 menurun ke bawah...




Sedap ni Butter Fingers..





Sepanjang perjalanan melihat pelbagai rumah moden yg cantik. Teringat teratak kami yg ditinggalkan, pasti banyak yg perlu diperbaiki malah pohon2 buluh dikhabarkan begitu tinggi melangit.

Modern Design








Setiba di Fort William kami berhenti membeli jajan. Di sini berdir teguhnya Ben Navis punyak tertinggi di Great Britian iaitu 1,344m. Banyak betul pemanjat gunung ini berkeliaran di sini. Parking begitu murah, lihat aje mesin.


1jam  just 40p






Perjalanan diteruskan utk ke Inverness. Kami menyusuri Loch Ness yang akan terus bersambung ke Nort Sea di Inverness. Namun bila tiba di sebuah pekan kecil, ramai orang kelihatan melepak minum di bwah sinaran mentari yang amat cantik. Aku pun memberhentikan kereta utk melihat apa yang menarik di pekan kecil ini. Fort Augustus Village nama diberi,  hanya bergantung kpd sumber tourism. Ia rupanya merupakan tempat yang memisahkan tasik dgn kedalaman berbeza. Sememangnya di Loch Lomond aku melihat sebuah kapal layar sedang  berlayar dan apabila tiba di Augustus mereka juga sedang menarik kapal layar mereka merentasi Caledonian Canal yg mempunyai kawalan ketinggian air yang berbeza. Dibina pada tahun 1804-1822,terfikir di minda, ah bagaimana ini direka oleh manusia. Dalam erti kata lain teknologi senantiasa berkembang dan manusia berusaha utk memperbaiki kehidupan masing2, tapi yg pasti ia perlu dalam ruang yg dibenarkan oleh Islam.








1804-1822

Yang lain semua tertidur dalam kereta

Enjoy dgn kapal layar beliau




Inverness, ini dia….... bermaksud "Mouth of the River Ness".
Iron footbridge merentasi  Caledonian Canal  yg menjadi tarikan, jernih betul air yg mengalir di bawahnya. Inverness Castle teguh di atas bukit sana, namun ia menambahkan lagi semangat kami untuk meronda2 di bandar kecil ini yang nampak lenggang sahaja. Namun yg pasti perut telah berbunyi dan kami mencari restoran. Terjumpa kedai Turkish, pada awalnya best la…. But nasib penjual utk explain yg mana halal. Jadi kami pun order Pizza sebab yg lain katanya tidak halal, bagus mamat itu semoga diberi kerahmatan di atas kebaikan beliau.


Inverness Castle







Souvenir menjadi tarikan


Vege Pizza ....licin




Berposing di Iron footbridge merentasi Caledonian Canal

Sekitar bandar Inverness



Lelaki berkain tartan...lagi





Pemandangan dari Inverness Castle


Iron footbridge kat bwh tu...tempat berposing



Sebelum meneruskan perjalanan kami singgah solat di Inverness Mosque, yang merupakan sebuah rumah berbilik2. Namun memadai utk masyarakat setempat. Kami sempat diperlawa mendengar Bayan dari jemaah tabligh Manchester yang akan ke Thurso sebelum menyeberangi ke sebuah pulau utk ziarah. Begitu cekal mereka ini, semoga Allah memberi keselamatan dan kesabaran di atas perjuangan mereka.


Inverness Islamic Centre


Kami memutar-mutar dalam kenderaan di sekitar Inverness, memang jika dpt lepak melihat keindahan ciptaan Illahi pastinya amat memberangsangkan. But Allah lebih mengetahui dan kami pun akhirnya ridha kerana Inverness ini kurang org Islam serta utk mencari makanan Halal amat payah. Kami tidak sesakali menyesal.


Muara Inverness(meaning "Mouth of the River Ness" ) North Sea





KE PERTH....Scotland

Hotel kami di Perth yg dlm 2 jam++ dr Inverness. Seram juga memandu, but jln agak besar tidak seperti di Loch Lomond. Bkn apa…. Gajah ke… saja je tu. Sebenarnya hajat hati ingin memusing ke Arberdeenn, namun disebabkan hari telah gelap terus ke Perth dan smpai pun sudah tengah malam. Al maklum la, driver aje yg keseorangan melayan siaran radio…



No comments:

Post a Comment