Sunday 26 February 2012

Spain


Ini kemungkinan besar destinasi terakhir perjalananku di luar benua Eropah, ikutkan hati memang nak berkelana lagi seperti ke Sarajevo, Budaphest atau negara Eropah Timur namun apakan daya masa utk pulang ke tanahair telah tiba.

Sepanyol yg kami akan jelajahi bermula dari Barcelona->Madrid->Andalusia(Cordova, Granada, Seville) dan berakhir kelak di Malaga. Sememang tarikan di bumi Andalusia yg mempunyai sejarah Islam tersendiri apabila bangsa Moorish dr Afrika Utara dpt menawan Andalusia dan menjadikan CORDOVA sebagai pusat khalifah Empayar Islam Ummaiyah pada kurun ke 8 lagi.

Sepanyol ini merupakan negara ke 51 terbesar di dunia dgn keluasan 504,030 km2 (51st), sementara Malaysia pada kedudukan 66.  Penduduk seramai 46 juta. Mempunyai jaringan keretapai terpadat di Eropah dan diiktiraf keretapinya yg paling terpantas di dunia mengalahkan Shekanzen Jepun. Bagaimana pula train di Shanghai. Patutla tiket train begitu mahal. Kami akan menggunakan kereta merentasi Spain memandangkan kadar sewa kereta yg agak murah berbanding melancong drp bahn aka keretapi, tetapi jalan rayanya penuh dgn tol tidak seperti di UK.




Insaallah perjalananku ini diberkati Illahi. Nanati kita bercerita lagi walaupun kisah di Turkiye masih belum habis. Wassalam

No comments:

Post a Comment