Monday 13 February 2012

turkiye..d2

Apartment->Grand Bazar->Blue Mosque

Hari ke2 bermula perjalananku di sekitar ibu kota Istanbul. Pagi2 salji sudah turun, alahai boleh ke anak2 survive dlm sejuk2 ni terfikir di minda. Selepas siap sarapan di apartment dgn maggi bg bdak2, aku mula sempat check email & upload gambar pd fb. Kerja2 ni terpaksa di buat di ground floor kerana weak wifi signal di floor kami. Asyik putus2 aje, itu yg perlu dipastikan semasa menyewa bilik or apartment.

Kami mula2 berjalan2 ke arah Sultanahmet Tram Station sambil mencari restoran yg sesuai utk sarapan. Berdasarkan jln semalam, kami still tercari2 arah. Istanbul bangunan tertumpu di sekitar sea of marmara or Bosphrus yg tanahnya lebih landai, namun bg yg keatas berkecerunan yg ajak tinggi. So utk sampai ke area laluan tram kiranya kami terpaksa mendaki. Laluan penjalan kami memang tidak sesuai utk push chair tambah yg bertayar besar seperti McLarenn or Quinn pasti tidak dpt melaluinya. Malah kami yg beroda kecil pun juga terpaksa melipat dan membiarkan si kecil berjalan sendiri. Melainkan terpaksa melalui jln raya yg berbatu2 besar dan sempit.

Setelah berjalan sekitar 10minit, kami masuk ke dlm kedai dan bertanya kebab. No no only 1pm kebab is ready. So kami baru tahu sekitar jam 10am ni belum ada kebab dijual. Maka aku mencari2 kedai2 yg seperti kedai mamak yg menyediakan masakan yg boleh kami pilih. Akhirnya bertemu dgn kedai yg dr luar dpt lihat beberapa jenis ayam & lauk pauk yg telah sedia ada. Tapi di sini caranya seperti di pusat gerai2 makanan di Malaysia yg  penjualnya berebut2 memancing customer utk masuk ke kedai mereka. Ini juga apa yg berlaku disepanjang kedai makan yg kami lalui, selalu aje di sapa dan di promote utk singgah ke kedai mereka.

Setelah order makanan, aku berpesan ini breakfast kita sehingga kita mkn semula sekitar jam 3pm. Semua bersetuju aje. Kami order 2 pinggan nasi hitam & wing, jika di kelantan mcm nasi kerabu la...kiranya. Setelah di rasa pd mulanya takut anak2  tak suka, namun bila  mereka mkn siap minta tambah lagi 1 pinggan. Ok le tu kan....., air Cay. Lihat sarapan kami dibawah.









Nasi kerabu...




Setelah habis makan, kami dikenkan charge 45Lira iaitu sekitar 18pound utk 3 pinggan 'Nasi Kerabu Turki' + 1 pinggan peha ayam + 3 cay. Tak pasti nak kata mahal atau tidak, but boleh tahan juga mahal kan...... isketambul le katakan.

Bila berjalan dlm 2 minit kami ketemui laluan tram, namun di stesen Benyazit iaitu 2 stesen di hadapan Sultanahmet. Akhirnya kami mengambil keputusan mencari map Istanbul incase tersesat at least ada rujukan. Singgah di gerai membeli map yg d kenakan 4Lira.

Dlm perjalanan tu ternampak papan tanda Grand Bazar, aha x jauh la mcm ni. Namun kami saja meronda2 melihat kedai2 especially baklava dan manisan yg lain. Snow bersepah di sana sini namun tidak meliputi jln, so basah kebanyakan lalun perjalan kaki. Kami singgah membeli baklava bermacam perisa, seperti coklat,berpatasio,dll yg berharga 15Lira(6pound). Boleh la nak cuba, jika di UK pasti sukar utk jumpa yg coklat.

Kami cross jln ke Grand Bazar yg hanya di seberang jln, pelbagai jenis gerai2 di sekitar bhg luar Grand Bazar. Apabila menjejaki Gate7 terpacak pak guard yg tersedia metal detector pd beliau. Kami melalui tanpa ada sebarang sekatan, cuma yg membawa beg2 akan diperiksa. May b dia nampak bawa bdak2, no negatif thinking.













Mustafa ...d mana2



Org2 tua Turki amat suka apabila melihat anak2, terutama yg kecil. Di usap2 kepala, di tegur dan pelbagai reaksi lagi. Bkn itu sahaja, pemuda2 juga suka menyapa kami. Ada yg saya ingat tersengih memberi senyuman sambil say Hai. Risau juga, sebagai pengembara kami memang try to avoid melayan sapaan org2 di jalanan. But setelah 2 hari kami dapati itu suatu budaya..... org2 Turki. Berbanding dgn org tua Eropah yg begitu unfriendly dgn bdak2, especially jika anak2 yg kecoh2. Itu menyebabkan kwn kami yg rumahnya senantiasa diketuk bila anak2 bising sikit.

Grand Bazar struktur bgnnya telah beratus tahun. Begitu tinggi sekitar 24kaki, jadi terasa lapang nak bershopping jika berbanding dgn Bazar buluh kubu or pasar siti khadijah d kelantan. Suatu hasil arkitek yg baik pd pandangan aku, namun tidak tersa sejuk bila berada di dlmnya. Begitu banyak pintu dlmnya, so kena remember Gate mana kita masuk. Kedai2 ini telah mengalami pemodenan, bkn setakat kedai2 lampu, permaidani, silk.... malah bank, dinar mas pun bnayak di jual. Org tidakle ramai sangat but still membuatkan jurujual melengung  di luar. Hari ini Jumaat so kena tahu juga timing bila solat jumaat. Masjid hanya bersebelahan aje, so no problem utk shopping. Solat sekitar 12.40tgh, so ada masa lagi sekitar 2 jam.

Dlm berjalan2 tu kami di sapa oleh sepasang rakyat Msia yg bercuti selepas lawatan kerja di slovenia. CEO, abg tu yg dulu company tersebut anak syarikat Renong. Complaint wife dia, mereka letak harga giler2 kena tawar more than 50%..... wow ini tips.... membeli. Selepas itu masing2 membawa diri utk meneruskan aktiviti masing2.

Tiba2 saja aku perhatikan, telatah penjual dan pembeli menawar harga. Pembeli kulihat beralih ke kedai di hadapan selepas tidak berpuas hati dgn harga yg di jual. Ur Rude.....terpacul dr mulut penjual. Oh!! tidak sepatutnya begitu, patut jiak di UK harga fix dan ia dipantau utk mengelahkan drp perkara sedemikian. Apa pembaca rasa.....

Malaysia, Apa khabar.... kami dipelawa utk melihat permaidani. Now problem, you can see first no obligation. Kami mengikut ke kedai berhampiran, bila semua telah masuk di memperkenalkan this is my fren shop, he will show u the carpet. Terus di tanya what size do you want..... umhh!!!!, ini sudah berbeza dr permulaan bicara promoter tadi. Aku pun mencari2 size yg agak sesuai dan ringan, mana tau jika bertemu jodoh. So, kami cadang suatu saiz sekitar 1.5m*1.0m yg bersilk, this is 600....dollar. Wow terkezut aku dlm hati.....kira RM2000. Bkn sebab mahal tetapi tidak sepadan, aku pun x pasti bgaimana nak tentukan ia silk. Then aku tanya how about whool.... 200 dollar,....smua kira dollar je. We can send door to door, memang terpapar JV kedai2 ni menggunakan servis DHL or UPS utk hantar barang. I though 200 lira... No fren, jawab penjual. Many thanks, we just arrived yesterday it's too early to buy this carpet. We still have more times to get around Istanbul.... jwbku dan kami smua terus keluar. Aku sempat juga mengerling kpd peniaga karpet tersebut, nampak masam muka mereka.

Dalam Grand bazar ini aku dapati terdaapt beberapa org yg menjual Cay dlm dulang yg dilanggani oleh penjual kedai2 di stu. May b juga oleh pengunjung di situ.




Jam telah 12.20tgh, aku bawa 3anak2 ikut solat. Ambil wuduk di bhg luar Masjid , dgn snow dan air yg sejuk. Aduh!!!! bkn mengeluh sebab sejuk but kenapa tak pakai heater utk panaskan air. Kelam-kabut kami mengambil wuduk dan terus ke dlm masjid, selak aje pintu berkain di lihat sudah penuh org dlm masjid. Yg bagus masjid ini menyediakan palstik utk dimasukkan kasut, cukup plak utk kami. Sambil mencelah2 mencari tempat utk solat, dlm masa yg sama ingatkan khatib berkhutbah tetapi rupanya sedang bg kuliah.

Bg masyarakat Turki rasa aku kebiasannya pd hari jumaat akan diadakan kuliah sebelum solat. Kadang tu memang panjang berjela, ini juga berdasarkan aku selalu solat di masjid2 Turki semasa di Deutshland. Selesai kuliah, azan akan dilaungkan. Sedap betul bilal, rasa mcm di Madinah. Masjid ini juga begitu tinggi mcm masjid wilayah yg di jln duta. Namun begitu banyak ukiran yg tidak di maintain, pd masjid ini. Selesai azan, almost smua bangun utk solat sunat jumaat yg kebiasaannya 4 rakaat(2+2). Imam bermula dgn bacaan al -Quran yg begitu sedap, may b sudah lama tidak mendengar sedemikian. Masjid turki selalunya khutbahnya pendek sebab, kuliah dah panjang. Namun kali ini agak lama juga......





Pada aku umat islam perlu kaya & dgn kekayaan itu dpt membangun umat dlm suasana yg lebih baik. Seumpama menyediakan tempat wuduk yg sesuai dgn cuaca, jika salji bersejuk boleh panaskan. Bangunan indah perlu pengajaan utk prolong hayat bangunan. Kekayaan ini pd ku perlu disalurkan dgn cara yg betul dan bkn sahaja dgn membina istana sendiri dgn meminggirkan rakyat marhain. Ini tidak sepatutnya berlaku....

Selesai solat, sambil menunggu wife solat kami melihat demontrasi may b rakyat syria or turki di luar masjid. PM turki begitu kuat meminta Basyar Arshad menggundur diri terhadap kezaliman pd rakyat Syria.



Danish pantang alpa melihat org menjual makanan dgn kereta sorong mereka. Jagung plak hendak dirasanya, 1.5Lira. Anak2 yg lain mula terasa kelaparan, memang jam telah hampir 3pm, so kami berjalan2 sambil mencari restoran yg sesuai. Akhirnya menerima pujukan lelaki promoter utk makan d kedai mereka. Tengok dr luar hanya kedai kebab biasa, namun kami memilih utk mkn dlm restoran utk mengelakkan sejuk walaupun mentari telah mula bersinar. Restoran2 di sekitar Grand Bazar mempunyai bukaan sekitar 10-12 kaki shj, memang kecil. Promoter itu membawa stroller ke floor ke-3. Mesra dia dgn kami.....


 Santapan sebelum ke restoran








 




Bdak2 nak mkn kebab, but bila ditanya 10Lira(4pound). Terpaksa tukar menu,sebab takut x kenyang malahan itu hanya saiz small(100g). Kami order nasi&lamb kebab yg nampak menarik begitu cili&yogurt. Bila sampai, alahai.....tak seperti dlm gambar. Apa ni.. dah le 3x, kena tambah 1 lagi. Ada sedikit kecewa. bila time bayar terkezut besar....apabila harga mencecah 60pound utk 4 nasi&lamb kebab  + 2set chili&garlic. Dikenakan juga servis charge 10 Lira, servis apa tu.... VAT ke.  Cay aje 3Lira 1 cwn kocik. Suka2 je.... Utk makluman, berhati-hati bila makan sekitar Grand Bazar or di mana, pastikan anda mengetahui:-
1-apa yg nak ordrer
2-harga mesti jelas
3-tanya apa dlm gambar akan sama dgn yg sampai   

Lepas makan terasa di Oxford tu boleh dpt 20 ketul kebab saiz Small yg terasa kenyang, dan daging memuaskn hati. Kenapa jadi begini, kerana customer satisfaction tidak di jaga or tiada yg memantau.... kirkasar kira nak cekik darah le. Jika di UK, so far memang puas hati membeli. Infact di Oslo tempohari kami dah terasa mahalnya mkn di sana beberapa ketika. Tetapi 2 pinggan nasi berkebab yg berharga 14pound telah ukup utk 6 org makan. So kena pilih dan tahu serba sedikit perangai org2 kat sini.

Apabila mula terasa benggang dgn peniaga, kami perlu lebih berhati2. Dok lepas aje mkn, kami di sapa oleh sorang yg mempelawa ke kedai karpet beliau. Malas aku nak layan, we are going to meet our fren...kata ku, then terus blah.

Ada lagi, kali ini menahan utk bagi kad karpet. Aku jawab yg sama dia kat u are not kind.....

Perjalanan seterusnya utk mencari spice bazar mengikut pedoman penjual jagung. Berjln2 sambil membuka map tiba2 ternampak dr jauh mcm org Msia. Jauh ke lg kita ni...., tiba2 kami dihampiri oleh 2 anak gadis yg memperkenalkan diri sebagai pelajar perubatan&pergigian yg katanya ade seramai 15 org di Istanbul. U all dpt sponsor mara ke... tak, Turkish gomen. Wow hebatnya, pandai cari peluang....... anak2 Melayu ini dah bertebaran ke seantario dunia. So senang jika kita buat biz di sini.

Anak2 ni rajin menunjukkan jln ke Ayosofia, To kapi & Blue Mosque. Idak le sejauh mana, actually map yg d beli hanya memberikan nama mengikut bahasa Turki. Itu yg terkial2...sikit.Selepas mengucapkan terima kasih kami pun k Blue Mosque, yg teguh di baluti salji.







Hagia sofea

Blue mosque

Selepas habis d Blue mosque kami mencari lauk pauk utk d masak kerana pinggan&periuk telah ade di apartment. I kg ayam hanya 7Lira, bila membeli di DIA mart nampak agak murah.

Akhirnya kami pulang setelah meronda dr jam 9.30am hingga 7pm. Jauh perjalanan ini, alhamdulillah bdak2 smua fir lagi. Biasale.... aksi menaikkan darah memang sukar dielakkan walaupun terdapat pelbagai cubaan utk menghidari.

Terus mencari pengertian di Isketambul.... 

No comments:

Post a Comment