Saturday, 20 November 2010

Membeli kereta di UK

Hampir sebulan tak sempat blogging, bila ada mood or boring baru la blogging..... Oxford pun semakin sejuk, walaupun hari ini bacaan 9Celcius namun sejuknya mencucuk tubuh Mamat Melayu ni. Kali ini kita bercerita pasal fasa [B] dalam PerjalananKu....iaitu memliki kenderaan untuk merancakkan lagi aktiviti perlancongan. Bukan apa, ia menjadi suatu keperluan bagi yang berkeluarga. Membeli kereta di UK

Kereta di UK, harganya pada pandangan aku berpatutan. Memandangkan GDP per capita UK yang ke-20 tertinggi di dunia. Boleh dikatakan kebanyakan penduduknya kaya-kaya belaka. Namun harga keretanya amat memeranjatkan jika diketahui, terutama kereta terpakai. Patutlah banyak kereta reckon di Malaysia yang beralih arah ke UK untuk mendapatkan kereta-kereta yang boleh diklasifikasikan mewah di Malaysia. Tambahan pula dengan kadar matawang pound yang menjunam ke sekitar 1GBP=RM5 begitu memberangsangkan pedagang-pedagang AP.

Sememang telah menjadi perkiraan kasar kami sekeluarga untuk memiliki kereta di UK, tetapi pelbagai strategi dikaji untuk mendapat kereta yang sesuai. Hari pertama sampai, aku sudah membeli senaskah majalah AUTOTRADER UK......... apa lagi....

Untuk membeli kereta boleh layari

Dari link-link ini boleh membuat perbandingan kereta apa yang ingin di beli. Sebelum datang ke Malaysia aku bercadang untuk membeli Toyota Estima atau Alphard.... versi superman tu....model 2007 . Namun bila sampai aje di UK, model-model Estima kegilaan AP ini tiada lagi di bawa masuk ke UK. Cuma tinggal model lama, tahun 1996 sehingga 2005. Waduh, apa yang hendak di bawa pulang nanti...... Di Malaysia Estima model 2007 ini hampir mencecah RM200K...wow....kalu kerja makan gaji below 10K....sakit nak bayar ni. Kalu model 2005 di Malaysia sekitar RM130K-150K, tapi tak menarik la...nanti kami balik...insaallah 2012 sudah 7tahun. So kira punye kira, sebab kami perlukan 6seater punya kereta. Sedan cuma 5 seater, so terpaksa juga ke pilihan ke-2 Zafira. Di Malaysia keluaran Opel dulunya, recently from Chevrolet.... di UK Vauxhall....apa plak brand ni.... study punya study, ini GM punya manufacturing partner.... sama kelas Misthibushi dengan Proton la.....

Hendak berkongsi pengalaman, apa yang perlu di buat sebelum membeli kereta:-

1) Pilih kereta berdasarkan budget dan samada nak bawa balik Malaysia atau tidak
- Cari yang mana minat.....dulu...pulus mesti ade juga
-Aku jumpa di http://www.gumtree.com/ tetapi banyak belajar dari http://www.autotrader.co.uk/
-Pilihan Zafira, sekitar 2001-2004 atau budget dalam 1500-2500 GBP

2) Buat temujanji dan pergi ke site.....
-Selepas finalist budget, call dalam 5 private or trade seller. Buat appointment nak jumpa.
-Jika trade seller tiada masalah sebab outletnya memang ada di situ. Tapi jika private pastikan anda pergi ke rumah dia betul-betul.
-Selalunya trade seller lebih mahal, but you can request for warranty..let say 3-6months.

3) Dah set date and time, inform akan buat test drive sekali..... Apa yang hendak diperiksa dokumen, kereta.
- Pasal keadaan kereta ini, aku pun susah nak cakap. Sebab aku sendiri pun tak pandai nak advice. Kita ini bukan mekanik, tetapi hanya pemandu. But bare in your mind, you should be able to look expert even you are not..... payah tu.....so petua aku, kita belajar yang mudah dulu...pasal dokumen.
a) V5C dokumen(aka geran di Malaysia)
-V5C kita minta lihat yang original. Seperti geran dokumen ini akan menceritakan hal mengenai kereta ini.
Nama Pemilik
Alamat(Alamat rumah pemilik mesti sama pada borang ini)
Vehicle Identification Number(VIN)-Ini amat penting, semak nombor VIN pada dokumen sama dengan VIN pada kenderaan. Lokasi VIN, berbeza-beza. Zafira pada cermin depan sebelah kiri pemandu dan di bawah. Dekat pintu pun ada juga. Berbeza untuk kenderaan lain...rasanya...google sikit
No Enjin-Periksa nombor enjin ini...
Tarikh dikeluarkan
Berapa kali berpindah tangan

Tuan-tuan kena copy dokumen ini, 4 mukasurat aje. Saya bawa kamera....sebab ada maklumat yang perlu kita simpan dan cross check seperti VIN. Snap aje....
Lihat contoh V5C di bawah

Muka depan V5C- now warna merah pulak

Page2-Maklumat penting

2) Then FSH apa ke benda tu, dlm autotrader mesti mention bende tu...Full Service History aka service dokumen di Malaysia.
- Di UK, mekanik akan mengisi setiap bahagian yang telah di servis. Dari situ kita tahu bila dan apa yang terbaru di servis. Paling penting adalah mengenai timing belt, sini di panggil Cambelt bagi kenderaan yang guna. Ada setengah menggunakan timing chain, jadi tidak perlu tukar setiap 60K miles.



3) MOT, bila akan expired(aka PUSPAKOM inspection pada teksi)
-Setiap kenderaan di UK perlu melakukan pemeriksaan MOT setiap tahun bagi kereta yang telah berusia 3tahun ke atas. Setiap tahun perlu buat MOT, jika MOT expired, tidak boleh memandu. Jika MOT panjang lagi, 6-9bulan jadi tak perlu fikir kena bayar test MOT. Zafira saya Feb 2011 expired, so kena sediakan pulus. Testing just 50GBP.... but jika ade kerosakan kena repair sebelum lulus, itu yang menakutkan sikit tu.....pulus. Basic rules, longer you have MOT it's better.....


4) Tax aka roadtax di Malaysia
-Sini tax boleh tahan juga...... mahalnya. But boleh ambil 6bln sekali..... rules sama dengan MOT.

5) Periksa Vehicle Check
-Ada banyak syarikat yang buat servis ini, tujuan:-
A Vehicle Check provides you with the comprehensive history of a car you're thinking of buying, identifying whether it's subject to outstanding finance, written off, stolen, scrapped, clocked and much more. Powered by our expert partners at Experian, the results are instant, accurate and enable you to buy a car with confidence in its past.

Saya semak di www.autotrader.co.uk
Ambil semakan untuk 5 kenderaan for 24.99GBP(boleh guna selama 2bulan), jika 1 semakan 19.99GBP. So better semak keadaan 2-3 kereta..., contoh result seperti di bawah

Ini untuk memastikan, kereta curi ke... ade hutang bank...kereta scrapp ke....



5) Insurance
-Di sini insurance untuk pemegang lesen non-UK adalah 2x ganda mahalnya. Tak pasti kenapa!!!
-Jika beli pada orang, semasa anda ingin memandu pulang kereta. Sila pastikan insurance telah dibeli, ini amat penting. Mesti...ye jangan lupa beli online aje.....cth

Banyak lagi, bandingkan yang terbaik. Pilih full coverage.

Jika anda membeli di kedai, minta dia belikan 7 days insurance. So you bayar dah boleh drive sendiri... then baru beli insurance. Manatau beli sampai ke Birmm ke... sana murah sikit.

Semasa membuat test drive, buat di tempat lapang kerana isu insurance ini. Takut apa-apa terjadi pemilik akan penting kepala, kita for sure lebih dari itu...aha

6) Semasa memeriksa kereta apa nak tengok
- Tax
-MOT
-FSH
-Mileage, basic 10K miles per year... so jika kereta 5thn suppose around 60K. Jika lebih, theoretically wear and tear are more.......
-Tayar dia, ada review kata jika keempat-empat tanyar sama. So owner begitu take care his car...1st impression
-Minyak hitam
-Heater
-Aircond
-Brake
-Clutch
-Condition engine, smooth or not
-Radiator and cooleant
- Any whizzy sound...ceng2
-ETc

7) Membeli kereta
-Setelah selesai membuat perbandingan, solat istiqarah...pilih yang mana kita berkenan.
-Bargain
Ini skil individu, apa yang saya boleh share, just try 20%-25% off....lihat reaksi dia. Jika tidak suruh dia repair apa yang patut. Bargain fuel...30GBP ke....
Or even minta dia bayar roadtax for 6 months .....
Or ask for warranty
-Dah suka then bayar deposit 5%-10%. Dalam 4-5 hari bayar full.
-Sediakan surat jual beli, ambil contoh dari autotrader juge. Isi dan sign.... itu aje.
-But bayar tu, hai-hati jika banyak just jumpa di bank dan transfer. Saya bayar di rumah dia.
Itu penting alamat dalam V5C sama dengan rumah dia tinggal.
-Ada bahagian pada V5C yang owner asal wajib submit kepada DVLA(aka JPJ). Kiranya tukar nama la...., di Msia kena melalui JPJ. Saya jual kereta dulu kena sign depan pegawai JPJ....sebab buat sendiri.


License
So apa lagi....setakat ini itu sahaja..lastly get 2nd opinion or ajak member temankan...

Syarat memandu, hanya perlu lesen Msia yang sah, then boleh memandu selama 1tahun.
Then kena pass exam... driving license UK...untuk tahun seterusnya.

Child seat
Child seat...wajib tu... more than 135mm do not need to use car seat.
5-12yo, that less than 135mm perlu pakai booster seat....
Baby-4yo kena pakai proper car seat....lihat sini.... http://www.britax.co.uk/
Booster Seat Offer 5GBP

Setelah 1.5 bulan, dah sampai ke Swindon, Bicester, Stoke On trent and Birmm-berhenti makan aje.
Yang menarik selepas dapat kereta ialah mendapatkan keyakinan, memahami signage dan sopan santun pemandu di sini. Especially speed limit, zebra crossing and bicycles....

Pasal harga kereta bagi pemegang AP-student, compare http://www.autotrader.co.uk/ dengan http://www.carlist.com.my/ .............. jangan tak tangkap..... satu..... almost 60% less..abang oiii....
BMW 530 2005 di UK around 14K GBP, + cukai+transport total = RM140K di Msia.... goto carlist...

Cau...wassalam..sejuk ....pulak








15 comments:

  1. good for u..tp mana gambo keta tu..nak gak tgk..hehe

    ReplyDelete
  2. Yela....gambo keta mana ye.... X5 blum cukup duit lagi ..just Zafira je...dlm fb dah ade tu.... nanti aku add...tq

    ReplyDelete
  3. salam Tuan ... kalau nak buat back dated tarikh beli kereta kat UK mcm mana?

    ReplyDelete
  4. Salam... Suami saya ingin beli kereta untuk parent dia, tapi sekarang dah tak cukup 9 bulan sebab study dia akan habis bulan 6 ni & baru cukup budget untuk beli kereta..
    Boleh tak bagi saya dapatkan email saudara supaya husband saya dapat contact saudara? TQ

    ReplyDelete
  5. Boleh azhar.... but in this blog..pls contact provide ur email
    Dlla dah email to u

    ReplyDelete
  6. Bro Badrul...bleh tlg contact saya di fleeduff@yahoo.com? Ada nak mintak tolong sket..

    Tq

    Bruno

    ReplyDelete
  7. Salam saudara Badrul,
    masih kat Oxford lagi? saya ada soalan tentang beli kereta kat UK ni. minta jasa baik saudara emel saya hyrilisme@gmail.com
    Terima kasih byk2!

    ReplyDelete
  8. Salam saudara badrul,
    Saya ade beberaoa soalan psl AP n kereta.
    Boleh tak saudara berikan alamat emel utk sy hubungi.Tq naz

    ReplyDelete
  9. salam saudara,
    mohon diberi penjelasan untuk kereta yang back dated.
    boleh tuan email ke saya? mista_ameen@yahoo.com
    Terima kasih

    ReplyDelete
  10. salam saudara,
    saudara masih di UK. saya kalau boleh nak minta tolong tanya berkenaan back dated ni. boleh minta jasa baik saudara hubungi saya di idzwanster@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Assalam bro. Boleh tak drop email address bro kat sini? Saya nak tanya psl insurance atas nama AP. Thanks.

    ReplyDelete
  12. Our $1,000,000 Insurance can help you recover out-of-pocket expenses and lost wages in case your identity is stolen.

    ReplyDelete